Sunday, October 18, 2015

Kenal Nombor

Kesemua nombor adalah terbentuk daripada digit-digit 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9.

Kebiasaanya, nombor-nombor digunakan dalam menyatakan sesuatu perkara yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita. Contohnya;
  • Keluasan negeri Selangor ialah 7 956 km2.
  • Stadium Merdeka Kuala Lumpur boleh memuatkan seramai 20 000 orang penonton.
Kedudukan digit-digit dalam suatu nombor boleh ditentukan melalui carta nilai tempat.

Kita ambil nombor 26 375 sebagai contoh, dan perhatikan sedudukan digit-digit dalam nombor 26 375 dalam carta nilai tempat di bawah.

Ratus ribu
Puluh ribu
Ribu
Ratus
Puluh
Sa
-
2
6
3
7
5

Cara sebutan
Digit 2, 6 disebut dahulu
Diikuti dengan sebut digit 3, 7, 5

26 375 disebut sebagai ‘dua puluh enam ribu tiga ratus tujuh puluh lima’.


Rujuk sebagai latihan

Nombor
Perkataan
30 507
Tiga puluh ribu lima ratus tujuh
63 040
Enam puluh tiga ribu empat puluh
82 985
Lapan puluh dua ribu sembilan ratus lapan puluh lima
100 000
Seratus ribu


No comments:

Post a Comment