Friday, February 12, 2016

Penukaran Unit Panjang Dalam Perpuluhan

Kebiasaannya, panjang (length) diukur dalam unit meter, m.

Walau bagaimanapun unit meter tersebut boleh ditukarkan dari unit besar ke unit kecil ATAU dari unit kecil ke unit besar.

Untuk menukarkan unit besar kepada unit kecil, kita perlu mendarabkannya (×), manakala untuk menukarkan unit kecil ke unit besar kita perlu membahagikannya (÷).

Secara ringkasnya, hubung-kait untuk menukarkan antara unit-unit panjang dapat disimpulkan seperti dalam rajah di bawah.



Menukarkan unit panjang milimeter (mm) dan sentimeter (cm)

Contoh

Tukarkan unit-unit berikut.

a) 5.7 cm = _______ mm

Penyelesaian:

5.7 cm = (5.7 × 10)
5.7 cm = 57 mm


b) 8 mm = _______ cm

Penyelesaian:
8 mm = (8 ÷ 10) cm
8 mm = 0.8 cm


Menukarkan unit panjang sentimeter (cm) dan meter (m)

Contoh

Tukarkan yang berikut:

a) 0.75 m = _______ cm

Penyelesaian:

0.75 m = (0.75 × 100) cm
0.75 m = 75 cm


b) 870 cm = _______ m

Penyelesaian:

870 cm = (870 ÷ 100) m
870 cm = 8.7 m


Menukarkan unit panjang meter (m) dan kilometer (km)

Contoh

Tukarkan yang berikut:

a) 0.475 km = _______ m

Penyelesaian:

0.475 km = (0.475 × 1 000) m
0.475 km = 475 m


b) 925 m = _______ km

Penyelesaian:

925 m = (925 ÷ 1 000) km
925 m = 0.925 km

No comments:

Post a Comment