Thursday, February 11, 2016

Menyatakan perkaitan antara unit masa yang melibatkan tahun, dekad dan abad

Sesuatu unit masa adalah boleh diukur dengan unit masa yang lain.

Setiap unit masa adalah berkaitan antara satu sama lain. Misalnya,

1 minit = 60 saat

1 jam = 60 minit

1 hari = 24 jam

1 minggu = 7 hari

1 tahun = 12 bulan

1 dekad = 10 tahun

1 abad = 10 dekad

1 abad = 100 tahun



Contoh

Tukarkan kepada unit yang diberi.

a) 3 abad = _______ dekad

Penyelesaian:
1 abad = 10 dekad
3 abad = 3 × 10 dekad 
3 abad = 30 dekad


b) 70 dekad = _______ tahun

Penyelesaian:
1 dekad = 10 tahun
70 dekad = 70 × 10 tahun
70 dekad = 700 tahun


c) 500 tahun = _______ abad

Penyelesaian:
100 tahun = 1 abad
500 tahun = (500 ÷ 100) abad
500 tahun = 5 abad

No comments:

Post a Comment