Tambah ialah operasi yang digunakan untuk mencari jumlah dua atau lebih nombor.
Simbol bagi tambah ialah ‘+’.
Langkah-langkah bagi operasi menambah nombor dalam bentuk lazim adalah seperti berikut:
- Langkah 1 – Susun nombor mengikut nilai tempat.
- Langkah 2 – Tambahkan digit-digit dari nilat tempat sa, puluh, ratus, ribu, puluh ribu, dan seterusnya.
- Langkah 3 – Kumpul semula jika hasil tambah pada setiap nilai tempat ialah 10 atau lebih, dan langkah-langkah seterusnya (jika ada).
Perkataan-perkataan yang berkaitan dengan ‘tambah’ adalah seperti berikut.
- jumlah
- dan
- hasil tambah
- kesemua
- lebih
Contoh
81 936 + 4 486 = __________
Penyelesaian:
81 936 + 4 486 = 86 422
*Tekan imej pengiraan untuk besarkan gambar.
Hukum Tukar Tertib
81 936 + 4 486 juga adalah bersamaan dengan 4 486 + 81 936.
81 936 + 4 486 = 4 486 + 81 936.
No comments:
Post a Comment