Pembahagian ialah ‘pengongsian’ atau ‘pengumpulan sama banyak’.
Simbol bagi bahagi ialah ‘÷’.
Contoh
32 856 ÷ 3 = _______
Penyelesaian:
Maksud 32 856 ÷ 3 juga boleh dicontohkan sebagai:
‘Sebanyak 32 856 buku teks matematik dibahagikan sama banyak kepada 3 buah sekolah. Berapakah buku teks matematik yang diperoleh setiap sekolah?’
Langkah-langkah menyelesaikannya:
- Langkah 1 – Mula bahagi dari nilai tempat puluh ribu.
- Langkah 2 – Kemudian, ribu → ratus → puluh → sa.
Dalam bentuk lazim;
32 856 ÷ 3 = 10 952
No comments:
Post a Comment