Thursday, November 5, 2015

Operasi Bergabung Tambah dan Tolak

Untuk menyelesaikan suatu operasi bergabung yang melibatkan operasi tambah dan tolak sahaja, kita hendaklah melakukannya dari kiri ke kanan.

Contoh 1

Dalam sebuah bekas terdapat 7 biji gula-gula. Aiman mengisi ke dalam bekas tersebut sebanyak 4 biji gula-gula lagi. Kemudian Aiman mengambil 6 biji gula-gula dari bekas tersebut untuk diberikan kepada adiknya. Berapakah bilangan baki gula-gula di dalam bekas tersebut?

Penyelesaian:
= 7 + 4 – 6
= 11 – 6
= 5


Bilangan baki gula-gula di dalam bekas tersebut ialah 5 biji.


Contoh 2

Terdapat seramai 1 250 pengunjung yang hadir ke Hari Terbuka Sekolah. Kemudian 137 orang telah balik dan seramai 205 orang lagi pengunjung baru telah datang. Berapakah bilangan pengunjung di Hari Terbuka Sekolah itu sekarang?

Penyelesaian:
1 250 – 137 + 205
= 1 113 + 205
= 1 318


Bilangan pengunjung yang terdapat di Hari Terbuka Sekolah itu sekarang ialah 1 318 orang.

No comments:

Post a Comment