Monday, November 2, 2015

Faham Ayat Matematik Darab

Pendaraban ialah penambahan yang berulang.

Simbol bagi darab ialah ‘×’.

5 × 9 = 9 + 9 + 9 + 9 + 9

5 × 9 = 45

Dimana;

9 + 9 + 9 + 9 + 9 ialah ‘penambahan berulang’.

5 ialah ‘bilangan kumpulan’.

9 ialah ‘bilangan ahli dalam setiap kumpulan’.

45 ialah ‘hasil darab’.



Contoh

4 × 2 734 = _______

Penyelesaian:

Maksud 4 × 2 734 juga boleh dicontohkan sebagai:

‘Sebuah kotak diisi dengan  2 734 biji gula-gula. Berapakah bilangan gula-gula di dalam 4 buah kotak yang sama?’

Langkah-langkah menyelesaikannya:
  • Langkah 1 – Mula darab dari nilai tempat sa.
  • Langkah 2 – Kemudian, darab nilai tempat puluh → ratus → ribu.
  • Langkah 3 – Kumpul semula jika perlu.

Dalam bentuk lazim;


4 × 2 734 = 10 936

4 × 2 734 juga adalah sama maksudnya dengan 2 734 + 2 734 + 2 734 + 2 734

4 × 2 734 = 2 734 + 2 734 + 2 734 + 2 734 = 10 936

No comments:

Post a Comment