Monday, December 28, 2015

Aplikasi Bagi Sebarang Nombor


Contoh-contoh di bawah adalah menunjukkan cara-cara untuk mencari nilai bagi sesuatu aplikasi nombor.

a) 542 107 + 156 007 + 5 769 = _______

Penyelesaian:


542 107 + 156 007 + 5 769 = 703 883


Bagi operasi yang bergabung

Operasi gabungan
Arahan operasi
+ dan −
Lakukan + dan – dari kiri ke kanan.
x dan ÷
Lakukan x dan ÷ dari kiri ke kanan.
+ , −, x , dan ÷
Lakukan x dan ÷ dahulu, kemudian diikuti dengan + dan – dari kiri ke kanan.
+ , − , x , ÷ dan ( )
Lakukan pengiraan didalam kurungan dahulu, kemudian diikuti dengan x dan ÷ , dan akhir sekali barulah lakukan + dan – dari kiri ke kanan.


b) 804 752 – 2 894 × 75 = _______

Penyelesaian:

Lakukan dahulu pengiraan 2 894 × 75 = _______


2 894 × 75 = 217 050

Kemudian, baharulah lakukan pengiraan 804 752 – 217 050 = ______


804 752 – 217 050 = 587 702

Oleh itu, 804 752 – 2 894 × 75 = 587 702


c) 2 357 408 + 1 411 200 ÷ 14 = _______

Penyelesaian:

Lakukan dahulu pengiraan 1 411 200 ÷ 14 = _______


1 411 200 ÷ 14 = 100 800

Kemudian, baharulah lakukan pengiraan 2 357 408 + 100 800 = _______


2 357 408 + 100 800 = 2 458 208

Oleh itu, 2 357 408 + 1 411 200 ÷ 14 = 2 458 208

No comments:

Post a Comment