Friday, January 22, 2016

Penambahan Nilai Wang

Menambah hingga lima nilai wang melibatkan Ringgit dan Sen

Cara atau kaedah yang digunakan untuk menambah nilai wang adalah sama dengan kaedah yang digunakan dalam menambah nombor perpuluhan.

Untuk menambah nilai wang, titik perpuluhan adalah disusun / diletak dalam satu barisan tegak lurus, dan penambahan adalah dilakukan dari kanan ke kiri.

Seterusnya, lakukan penambahan seperti biasa, dan gunakan kaedah yang sama bagi penambahan nilai wang yang berulang.

Jika nilai wang diberi adalah dalam unit sen, TUKARKAN nilai sen kepada RM supaya pengiraan dapat dilakukan dengan mudah. Misalnya nilai 80 sen jika ditukar kepada RM adalah RM0.80.


Contoh

Cari jumlah nilai RM5 437.56 dan RM84 529.30.

Penyelesaian:

RM5 437.56 + RM84 529.30 = RM89 966.86

Jawapan: RM89 966.86

Friday, January 15, 2016

Menukarkan Peratus Kepada Pecahan dan Sebaliknya

Peratus (percentage) adalah pecahan (fraction) dengan 100 sebagai penyebutnya (denominator).

Peratus bermaksud ‘daripada 100’ atau ‘per seratus’ atau ‘1/100’.

Simbol bagi peratus ialah %.

Suatu pecahan per seratus juga ditulis sebagai peratus.


Contoh 1

Tukarkan nilai yang berikut kepada pecahan.

Penyelesaian:


Contoh 2

Tukarkan pecahan berikut kepada peratus.

Penyelesaian:

Thursday, January 14, 2016

Penambahan Perpuluhan

Menambah tiga nombor perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan

Dalam melakukan proses penambahan bagi nombor perpuluhan (decimal numbers), perkara yang harus dilakukan adalah:
  • Susun nombor perpuluhan yang hendak ditambah itu ke dalam bentuk lazim.
  • Pastikan titik perpuluhan (decimal point) disusun dalam satu baris tegak.
  • Lakukan penambahan dari kanan ke kiri.

Contoh 1

7.28 + 5.472 + 4.827 = _______

Penyelesaian:
7.28 + 5.472 + 4.827 = 17.579


Contoh 2

4.75 + 6 + 5.747 = _______

Penyelesaian:
4.75 + 6 + 5.747 = 16.497

Tuesday, January 12, 2016

Penambahan Pecahan

Menambah hingga 3 nombor melibatkan nombor bulat, pecahan wajar dan nombor bercampur

Bagi menambah dua pecahan (fraction) yang sama penyebut, langkah-langkah yang perlu diikuti ialah:
  • Langkah 1 – Kekalkan penyebut (denominator).
  • Langkah 2 – Kekalkan pengangka (numerator) sahaja.
  • Langkah 3 – Permudahkan jawapan jika perlu.

Contoh 1

Tambah pecahan-pecahan berikut. Nyatakan jawapan dalam bentuk termudah.


Penyelesaian:



Bagi menambah dua pecahan yang berlainan penyebut, langkah-langkah yang perlu diikuti ialah:
  • Langkah 1 – Tukarkan satu atau kedua-dua pecahan kepada pecahan setara yang sama penyebut.
  • Langkah 2 – Kekalkan pengangka (numerator) sahaja.
  • Langkah 3 – Permudahkan jawapan jika perlu.

Contoh 2

Cari jumlah pecahan-pecahan berikut:


Penyelesaian:



Contoh 3

Selesaikan yang berikut:


Penyelesaian:


Monday, January 11, 2016

Melakukan Operasi Bergabung Dalam Lingkungan 1 000 000

Operasi bergabung (combined operation) adalah proses yang melibatkan lebih daripada satu operasi.


Penambahan dan Pendaraban

Dalam operasi bergabung yang melibatkan penambahan (+) dan pendaraban (×) atau sebaliknya, lakukan operasi pendaraban (×) dahulu.

Contoh 1

3 544 + 514 × 6 = _______

Penyelesaian:

3 544 + (514 × 6)
= 3 544 + 3 084
= 6628


Penolakan dan Pendaraban

Dalam operasi bergabung yang melibatkan penolakan (−) dan pendaraban (×) atau sebaliknya, lakukan operasi pendaraban (×) dahulu.

Contoh 2

62 040 – 322 × 5 = _______

Penyelesaian:

62 040 – (322 × 5)
= 62 040 – 1 610
= 60 430


Penambahan dan Pembahagian

Dalam  operasi bergabung yang melibatkan penambahan (+) dan pembahagian (÷) atau sebaliknya, lakukan operasi pembahagian (÷) dahulu.

Contoh 3

12 802 + 12 ÷ 4 = _______

Penyelesaian:

12 802 + (12 ÷ 4)
= 12 802 + 3
= 12 805


Penolakan dan Pembahagian

Dalam operasi bergabung yang melibatkan penolakan (−) dan pembahagian (÷) atau sebaliknya, lakukan operasi pembahagian (÷) dahulu.

Contoh 4

24 735 – 840 ÷ 28 = _______

Penyelesaian:

24 735 – (840 ÷ 28)
= 24 735 – 30
= 24 705

Saturday, January 9, 2016

Pembahagian Nombor

Membahagi sebarang nombor hingga  1 000 000 dengan satu digit dan dua digit

Pembahagian ialah proses perkongsian dan pengumpulan sama rata.

Dalam pembahagian, hasil yang didapati dipanggil hasil bahagi.

Pembahagi adalah nombor yang didarabkan dari sesuatu yang dibahagikan.

Jika nombor tersebut tidak boleh dibahagi secara tepat, baki nombor tersebut dipanggil baki.

Pembahagian dilakukan dari kiri ke kanan, tidak seperti penambahan, penolakan dan pendaraban.

Pembahagian adalah pendaraban yang songsang. Oleh itu, kita boleh menyemak jawapan dengan mendarab hasil bahagi dan pembahagi. 

Misalnya:
400 ÷ 8 = 50
50 × 8 = 400


Contoh 1

226 842 ÷ 6 = _______

Penyelesaian:


226 842 ÷ 6 = 37 807


Contoh 2

187 327 ÷ 17 = _______

Penyelesaian:


187 327 ÷ 17 = 11 019 baki 4

Wednesday, January 6, 2016

Pendaraban Dua Nombor

Mendarab sebarang nombor dengan satu digit hingga dua digit, 100 dan  1 000 termasuk membuat anggaran

Pendaraban (multiplication) merupakan suatu proses penambahan berulang.

Cara-cara untuk mendarab nombor bulat (multiply whole numbers) adalah seperti berikut:
  • Langkah 1 – Susun digit berdasarkan nilai tempat
  • Langkah 2 – Darabkan angka tersebut dari sa, puluh, ratus, ribu dan seterusnya (dari kanan ke kiri).
Semasa mendarab dua nombor bulat, nombor yang digitnya lebih besar ditulis  di bahagian atas bagi memudahkan pengiraan.


Contoh 1

223 189 × 3 = _______

Penyelesaian:


223 189 × 3 = 669 567


Contoh 2

41 105 × 12 = _______

Penyelesaian:


41 105 × 12 = 493 260


Contoh 3



Kaedah ‘lattice’ (kekisi) juga boleh digunakan selain daripada bentuk lazim.

Dalam pendaraban ‘lattice’ atau kekisi, hasil darab ditulis dalam bentuk kekisi. Sekiranya hasil darab adalah nombor tunggal, tambahkan sifar di hadapannya. Kemudian tambahkan secara jalur pepenjuru.


Contoh 4

24 722 × 23 = _______

Penyelesaian:


24 722 × 23 = 568 606


Kaedah anggaran juga boleh digunakan membundarkan nombor bulat tersebut.


Contoh 5

Anggarkan hasil darab 1 948 dengan 41.

Penyelesaian:

1 948 dibundarkan kepada ribu yang terhampir ialah 2 000.

41 dibundarkan kepada puluh yang terhampir ialah 40.

2 000 × 40 = 80 000

Oleh itu, anggaran hasil darab 1 948 dengan 41 ialah 80 000.